IPD Pasir Mas terima 107 panggilan palsu banjir

IPD Pasir Mas terima 107 panggilan palsu banjir

MOHD. Yusoff Mamat (kiri) mendengar taklimat dari Ketua Polis Dearah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkait dengan banjir semasa turun padang di Balai Polis Repek, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Polis Kelantan mendedahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menerima 107 panggilan palsu berkait dengan banjir semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyifat perbuatan itu sebagai tindakan yang mendukacitakan selain membuang masa anggota pasukan menyelamat.

Menurutnya, perkara tersebut hanya diketahui selepas anggota pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi dan mendapati kawasan yang dimaksudkan itu tidak mempunyai penempatan.

“Bukan mudah buat kami (pasukan penyelamat) untuk tiba di lokasi bagi menghulurkan bantuan dan mengambil masa yang panjang.

“Justeru, saya ingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dalam keadaan yang agak meruncing ini,” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau banjir di Balai Polis Repek, di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, susulan itu bermula hari ini pihaknya mula membuat tapisan terhadap setiap panggilan diterima sebelum mengatur gerak petugas ke lokasi yang dilaporkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya