Import bonsai, peniaga nurseri rugi lebih RM150,000

Import bonsai, peniaga nurseri rugi lebih RM150,000

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Peniaga nurseri mengalami kerugian lebih RM150,000 selepas ditipu bagi mendapatkan kelulusan permit pengimport pokok bonsai dari Taiwan, September lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa wanita tempatan berusia 42 tahun pada pukul 5.29 petang, semalam.

Katanya, menurut laporan yang dibuat menjelaskan mangsa menerima panggilan telefon dari suspek wanita tempatan yang menawarkan bantuan untuk membantu mangsa mendapatkan kelulusan permit itu, pada 14 September lalu.

“Mangsa yang juga peniaga kedai elektrik berminat dengan tawaran dan hasil perbincangan, mangsa perlu membuat bayaran berjumlah anggaran RM90,000.

“Pada 18 September hingga 9 Oktober lalu, mangsa telah membuat tujuh transaksi pindahan wang atas talian berjumlah RM99,737 ke dua akaun tempatan berlainan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Raub berkata, sebelum ini, mangsa turut membuat serahan tunai sebanyak RM60,000 menjadikan keseluruhan bayaran yang dilakukan berjumlah RM157,737.

“Selepas pembayaran dibuat, mangsa tidak lagi dapat menghubungi suspek setelah panggilan telefon telah disekat. Mangsa menyedari dirinya ditipu setelah gagal mendapatkan kembali wang miliknya. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya