Ilmu belakang tabir bonus buat Izzul Faiq - Utusan Malaysia

Ilmu belakang tabir bonus buat Izzul Faiq

CYBERJAYA, 20 September 2024 - Sesi bergambar artis, Izzul Faiq di Tamarind Square baru-baru ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - ATHIRAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjadikan platform pertandingan popular seperti Hero Remaja misalnya sebagai tiket mudah untuk menerobos masuk ke dalam bidang seni hiburan tanah air? Itu mungkin kedengaran terlalu klise buat sesetengah pihak. 

Pendekatan itu nampaknya bukan pilihan pintas untuk pemuda berusia 27 tahun ini yang senang dipanggil sebagai Izzul Faiq. 

Izzul yang merupakan seorang graduan per leman dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan mempunyai loso tersendiri dalam mencatur langkah kerjaya seninya. 

Bermula sebagai pelatih di bawah produksi milik pengarah, Arie Zahari, sekitar tahun 2017, Izzul menggali segala pengalaman di belakang tabir bermula dari bawah meskipun pernah cuma ditugaskan membawa air dan mengipas pelakon tersohor lain di set penggambaran. 

“Segalanya saya buat, daripada menjadi tukang bawa air, ‘handy’, jurugegas, pembantu artis sehinggalah menjadi pembantu pengurus produksi, saya buat tanpa merungut. 

Saya banyak meneliti setiap tugas semua yang terlibat di set penggambaran sebab mahu belajar selok belok per leman. 

“Saya percaya, di set penggambaran, walau apa pun tugas kita, wajar untuk kita ambil tahu peranan masing-masing. Ini kerana semuanya sama penting dalam memastikan penggambaran lem itu dapat dijayakan,”katanya. 

Larut dalam kerja-kerja di belakang tabir, Izzul bagaimanapun tidak menolak, minatnya terhadap bidang seni lakon bermula sejak kecil. 

Selain mengakui darah seni sememangnya diwarisi daripada kedua orang tuanya yang juga terbabit dalam gelanggang seni secara tidak langsung, Izzul juga seringkali mengikuti pelbagai aktiviti kesenian ketika di sekolah terutama pementasan teater. 

“Tetapi saya tidak mahu terburu-buru untuk berada di hadapan kamera dan bergelar pelakon. Sebab, saya tahu ada banyak lagi ilmu yang perlu saya raih jika berada di belakang tabir dahulu. 

“Setiap kali berada di set, saya akan duduk bersama pengarah, memerhati dengan teliti bagaimana setiap pelakon menjiwai watak mereka selain turut bertanya dengan pelakon berpengalaman. 

“Biarpun kini sudah bergelar pelakon, saya masih anggap diri ini masih belajar. Tidak dina kan dengan latar belakang dan pengalaman yang ada, ia memberikan kelebihan untuk saya lebih memahami aspek teknikal pembuatan lem,”ujarnya. 

Bersedia untuk memikul lebih banyak cabaran setelah bermula dengan naskhah drama bersiri berjudul Dosa dan Budak Tebing, Izzul terharu kerana semakin ramai pengarah dan penerbit mula memberi kepercayaan pada bakatnya. 

PERSIS HUN HAQEEM

Dalam pada itu, sengaja mengusik empunya diri bahawa wajahnya seakan-akan pelakon tampan, Hun Haqeem, Izzul dalam tawa kecil tidak menolak pandangan serupa seringkali diterimanya sebelum ini. 

Berterima kasih dengan pujian yang diberikan, kata Izzul, dia percaya antaranya dengan Hun, mempunyai identiti berbeza selain menghormati pelakon itu yang kini berada dalam liga tersendiri. 

“Saya berterima kasih andai ada yang kata kami nampak serupa. Tetapi, saya mahu dikenali dengan identiti sendiri. 

“Saya pun tak pernah lagi berjumpa dengannya secara dekat dan kebanyakan waktu kalau terjumpa di acara hiburan, hanya sempat ‘hi dan bye’ saja,” katanya. 

Selain itu, ditanya mengenai pelakon idola dalam industri seni, Izzul tanpa teragak-agak menyebut Bront Palarae sebagai antara aktor yang dikaguminya. 

“Bront pelakon yang tahu ilmu belakang tabir. Dia juga graduan bidang perfileman dan pernah hasilkan filem. 

“Kalau di luar negara, saya kagum dengan Leonardo DiCaprio dan Johnny Depp. Kedua duanya sangat versatil dalam memberikan persembahan lakonan dan saya berharap suatu hari nanti dapat jadi pelakon yang versatil,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya