IKN bukti seni kraf beri masa depan cerah

IKN bukti seni kraf beri masa depan cerah

KUALA LUMPUR, 21 November 2024 - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Roslan Abdul Rahman (dua kiri) bergambar bersama Penerima Anugerah Terbaik Sijil Seni Kraf Seramik, Ethan Zacchaeus Anbazhagan (kanan) , Penerima Anugerah Terbaik Diploma Seni Kraf Batik, Adib Arif Mohd. Zamri (tiga kanan) dan Penerima Anugerah Terbaik Jurukraf Kanan Rotan, Chung Tze Mei Mitchell (dua kanan) yang berjaya merangkul Anugerah Terbaik Keseluruhan Program Seni Kraf pada Istiadat Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) ke-22 di IKN Rawang di sini hari ini. Turut serta Ketua Pengarah Kraftangan, Datuk 'Ainu Sham Ramli (kiri). Gambar FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Tanggapan bahawa bidang seni dan budaya tidak penting selain tidak menyumbang kepada masa depan  kerana tiada peluang pekerjaan tidak tepat. 

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Wira Roslan Abdul Rahman berkata, Institut Kraf Negara (IKN) mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan pada jumlah yang tinggi iaitu 82 peratus.

Menurut beliau, ia terbukti apabila IKN menghasilkan 6,885  usahawan yang  menjana RM328.4 juta sehingga Oktober lalu.

“Hasrat kerajaan mampu direalisasikan kerana IKN sentiasa bersedia melahirkan modal insan berilmu dan berkemahiran tinggi, menepati keperluan dan standard industri.

“MOTAC terus memperkasa ekosistem industri pelancongan dan kebudayaan dengan melahirkan masyarakat kreatif dan inovatif melalui institusi pendidikan di bawahnya,” katanya ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) kali ke-22.

Dalam majlis tersebut  penganugerahan turut diberikan kepada 87 graduan termasuk Diploma Seni Kraf, Sijil Seni Kraf, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja dan Sijil Kemahiran Malaysia melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT).

Mengulas lanjut, Roslan berkata, MOTAC menerusi Kraftangan Malaysia sentiasa komited dalam memberi peluang dan pilihan pengajian berteraskan akademik dan kemahiran kraf di IKN. 

Kata beliau, selaras dengan usaha tersebut, IKN berjaya mendapat status Pusat Bertauliah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. 

“Kaedah ini memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan serta pengalaman terdahulu yang mereka miliki.

 “Justeru, IKN menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia melalui PPT kepada individu berkelayakan berdasarkan pengalaman dan pencapaian dimiliki dalam bidang kraf,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya