Iedil Dzuhrie buka syarikat produksi di Indonesia, gabung kepakaran dua negara - Utusan Malaysia

Iedil Dzuhrie buka syarikat produksi di Indonesia, gabung kepakaran dua negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Iedil Dzuhrie Alaudin mengintai lebih banyak peluang menerbitkan filem yang membabitkan kerjasama pengkarya Malaysia Indonesia.

Iedil yang ditemui pada malam gala filem Jangan Pandang Belakang 2 baru-baru ini berkata, minat itu timbul selepas wujudnya permintaan yang tinggi terhadap filem-filem berkonsep nusantara dalam pasaran dua negara tersebut.

“Menerusi syarikat produksi Casa Dream Studio, saya dan isteri, Prisia Nasution ingin melahirkan banyak filem yang menggabungkan tenaga dan idea penggiat Malaysia dan Indonesia.

“Pasaran filem di Malaysia semakin berkembang, Indonesia pula perlukan cerita-cerita baharu.

“Jadi, saya galakkan kolaborasi dan integrasi antara dua negara ini diperbanyakkan,” katanya.

Kata Iedil lagi, kerjasama dua negara ini untuk menghasilkan filem bukan lagi perkara yang sukar untuk dilaksanakan.

“Kita contohi pelakon United Kingdom (UK), yang terbang ke Hollywood dan mencipta nama di sana.

“Tak mustahil Malaysia dan Indonesia juga begitu, apatah lagi kita ini serumpun.

“Sepatutnya lebih banyak integrasi antara industri perfileman dua negara ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya