Idzham Ismail pula bercerai - Utusan Malaysia

Idzham Ismail pula bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada angin, tiada ribut, kini giliran pelakon, Idzham Ismail pula bercerai dengan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Idzham menerusi sebuah hantaran di Instagram Story yang turut menyatakan dia enggan rujuk kembali bersama isterinya itu.

“Salam, mahkamah putuskam kami sah bercerai. Tidak akan rujuk,” katanya ringkas.

Tidak mendedahkan sebarang punca secara terperinci, pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu juga sempat memberikan pesanan yang dipercayai buat bekas isterinya untuk menjawab segala perkara yang telah dilakukan kepada Yang Maha Esa.

“Pesan saya, Allah ada. Jawab dengan Allah untuk segalanya yang dibuat,” jelasnya.

Terdahulu, timbul desas desus yang menyatakan rumah tangga pelakon itu sedang bergolak yang difahamkan berpunca daripada perselisihan faham kecil.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya