PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun antara empat individu dilantik menggotai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
Menurut JAC, pelantikan dibuat berdasarkan Seksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa mulai 1 November hingga 31 Oktober 2026.
Katanya, pelantikan baharu itu dibuat susulan tamatnya tempoh pelantikan anggota JAC terdahulu pada 3 September.
“Pelantikan baharu ini dibuat susulan tamatnya tempoh pelantikan anggota JAC terdahulu pada 3 September,” katanya.
Sebelum ini, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer mempertikaikan pelantikan Hakim Besar Malaya dan Peguam Negara ekoran JAC tidak mempunyai korum yang mencukupi untuk membuat satu-satu keputusan termasuk dalam pelantikan kedua-dua jawatan berkenaan. – UTUSAN