Ibu mengandung tujuh bulan redah banjir paras dada

Ibu mengandung tujuh bulan redah banjir paras dada

SHANISA bersama bapanya, Mohd. Aqbal Yahya mengharung banjir untuk berpindah ke PPS di Kampung Kampung Buluh, Bandar Permaisuri, Setiu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang wanita mengandung tujuh bulan nekad meredah banjir paras dada sejauh kira-kira 300 meter selepas kediaman keluarganya di Kampung Buluh, Bandar Permaisuri di sini dinaiki air.

Shanisa Mohd. Aqbal, 32, berkata, dia terpaksa meredah banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Perpustakaan Awam Bandar Permaisuri setelah paras air semakin tinggi berikutan hujan lebat.

Menurutnya, dia yang tinggal di Chukai, Kemaman secara kebetulan berada di rumah keluarganya terperangkap apabila kedalaman banjir semakin meningkat kira-kira pukul 2 pagi.

Bagaimanapun, katanya, dia bersama sembilan lagi ahli keluarga mengambil keputusan untuk berpindah ke PPS sehingga hari cerah kerana bimbang berpindah pada waktu malam. 

“Ini adalah pengalaman pertama berdepan detik cemas apabila terpaksa mengharungi air banjir dalam keadaan sarat mengandung anak kelima. 

“Saya tidak sangka kepulangan kami sekeluarga untuk bercuti di kampung sejak Rabu lalu bertukar kepada ‘tragedi’ apabila saya bersama suami dan empat anak menjadi mangsa banjir dan penghuni PPS,” katanya ketika ditemui di PPS Perpustakaan Awam Bandar Permaisuri di sini, hari ini.

 Sementara itu, bapanya, Mohd. Aqbal Yahya, 56, berkata, banjir yang melanda sejak Rabu lalu adalah antara  terburuk dihadapinya sejak 35 tahun tinggal di kampung tersebut. 

“Sedih apabila melihat keadaan rumah dengan keadaan barang-barang berselerak meskipun persiapan awal banjir telah dilakukan lebih awal tetapi kali ini air di dalam rumah mencecah paras lutut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya