Ibu maut, dua anak cedera kereta terbabas di LPT2

Ibu maut, dua anak cedera kereta terbabas di LPT2

KEADAAN kereta Proton Persona dipandu Wan Asliza Wan Abdullah Sani yang maut dalam kemalangan di Kilometer 341.2, LPT2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang wanita maut manakala dua anaknya cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 341.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi, Wan Asliza Wan Abdullah Sani, 44, yang berasal dari Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai tercampak ke dalam kotak pembetung konkrit berhampiran kejadian.

Dua anaknya iaitu Wan Nur Nisa Qistina Wan Zulfan, 20, dan Muhammad Ayyash Mikael Nordin, 18 bulan, mengalami cedera ringan.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang dipandu Wan Asliza dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kotak pembetung konkrit di sebelah kiri lebuh raya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Rizuan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.23 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba kami dapati wanita itu berada di dalam kotak pembetung konkrit itu manakala dua anaknya telah dikeluarkan orang ramai.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak mengangkat mangsa keluar dari kotak pembetung konkrit itu sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut manakala dua anak mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya