Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api

Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api

MAYAT wanita yang maut digilis kereta api berhampiran Kampung Petagas, Putatan hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Seorang wanita maut manakala anak lelakinya cedera parah selepas dirempuh kereta api semasa melintas landasan kereta api berhampiran Kampung Petagas, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kedua-dua mangsa difahamkan sedang melintas landasan tersebut sebelum dirempuh kereta api yang dalam perjalanan dari Putatan ke Kota Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden rempuhan kereta api itu pada pukul 1.58 petang dan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa terlibat seorang wanita berusia 41 tahun dan kanak-kanak lelaki 11 tahun. Wanita itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, anak lelakinya mengalami cedera parah termasuk putus bahagian kaki. Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth menaiki ambulans Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa wanita diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN