Ibu kurung anak dalam sangkar kucing dipenjara tiga tahun

Ibu kurung anak dalam sangkar kucing dipenjara tiga tahun

IBU mangsa (kiri) dan Adibah Mohd. Zaini ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ibu muda membalut anaknya yang berusia tiga tahun dengan pita pelekat dan mengurung mangsa dalam sangkar kucing dipenjara tiga tahun tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Pada 11 November lalu, wanita terbabit dihukum penjara 14 hari selepas mengaku bersalah atas tuduhan menganiaya mangsa dengan membiarkan anaknya itu ditendang rakannya.

Pada prosiding semalam, pekerja restoran makanan segera itu didakwa bersama rakannya, Adibah Mohd. Zaini, 35, melakukan penganiayaan kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan dengan cara memasukkan kanak-kanak itu di dalam sangkar kucing yang mana perbuatan itu boleh mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah apartment di Taman Danau Desa di sini pukul 8.16 malam pada 10 Februari lalu.

Ibu berusia 20 tahun itu juga didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu melakukan penganiayaan terhadap anaknya itu dengan membalut mangsa dengan pita pelekat pada tempat sama pada pukul 3.58 petang, 21 Februari.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau pemenjaraan maksimum 20 tahun atau kedua-dua sekali.

Ketika mengemukakan rayuan, dia dalam rayuannya menyatakan rasa kesal atas perbuatanya terhadap anak kandungnya itu dan memohon dikenakan hukuman ringan.

Sebelum ini, tertuduh menyatakan dia meletakkan anaknya dalam sangkar kucing di rumah Adibah sebelum ke tempat kerja.

Sementara itu, Adibah dalam rayuannya turut memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya.

“Saya menyesal selepas berada dalam lokap dan ia memberi keinsafan dan penyesalan kepada saya. Saya janji tidak akan melakukan kesilapan sama lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Nidzuwan Abd. Latip membantah rayuan tersebut dan memohon mahkamah mengenakan hukuman pemenjaraan yang sebagai satu pengajaran.

“Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengambil kira eksibit yang telah dikemukakan terutamanya kepada gambar perlakuan sepertimana pertuduhan yang mana kanak-kanak itu telah dimasukkan sangkar kucing yang mana ia bukan digunakan untuk kegunaan manusia,” katanya.

Selain itu, Nidzuwan memberitahu, ibu kandung mangsa sepatutnya perlu ada rasa tanggungjawab untuk memelihara kanak-kanak tersebut daripada sebarang bahaya.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin selepas mempertimbang hujah dan rayuan pihak-pihak terlibat menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi kesemua pertuduhan dan berjalan serentak dengan hukuman yang dijatuhi pada Isnin lalu.

Kedua-duanya tertuduh juga dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun tanpa cagaran selain diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan sebaik sahaja selesai menjalani hukuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya