HWC Coffee peroleh sijil halal, kerjasama IRM wujud tabung 'Cup of Hope'

HWC Coffee peroleh sijil halal, kerjasama IRM wujud tabung ‘Cup of Hope’

Zenda Ng (dua kiri) bersama Penny Chan(kiri); Syed Saleh Syed Abdul Rahman(Tengah), Noor Azizee Abd Aziz (dua kanan) dan Edmund Lai (kanan) pada majlis MoU antara HWC Coffee Malaysia dan IRM di HWC Coffee Cawangan Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Jenama rangkaian kopi Istimewa, HWC Coffee kini memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk semua produk jenama itu.

Perolehan sijil halal itu sekali gus membuktikan HWC Coffee memenuhi piawaian tertinggi dari segi kualiti, kebersihan dan pematuhan hukum pemakanan Islam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HWC Coffee, Zenda Ng, para pelanggan terutama dalam kalangan masyarakat Islam boleh menikmati kopi premium dengan penuh keyakinan di 70 cawangan seluruh negara.

“Pensijilan halal ini mengukuhkan dedikasi syarikat dalam menawarkan kopi istimewa secara beretika dan memenuhi pelbagai profil.

“Pensijilan halal ini juga mencerminkan komitmen terhadap kecemerlangan dalam setiap aspek perniagaan dan kami berbangga untuk menawarkan pengalaman kopi premium dengan jaminan inklusiviti dan kualiti untuk semua,” katanya pada majlis pelancaran sijil halal di cawangan terbaharu HWC Coffee di D’Pulze Mall, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi (COO), Penny Chan; Ketua Pegawai Pemasaran (CMO), Edmund Lai; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia (IRM), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Presiden Ansara Malaysia, Noor Azizee Abd Aziz.

Pada majlis tersebut turut diadakan majlis memorandum persefahaman (MoU) bersama pertubuhan Kebajikan, IRM itu bagi menubuhkan tabung ‘Cup of Hope’ untuk membantu mereka yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kebajikan.

Ini termasuk kerjasama program IRM ‘Cheers to School’ iaitu projek pertama di bawah yayasan ini yang akan dilancarkan pada Januari tahun depan.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan IRM dalam usaha memberikan semula kepada masyarakat dan mencerminkan nilai-nilai bersama untuk membuat perubahan bermakna.

HWC Coffee turut memperkenalkan menu  makanan baharu hari ini dengan semua hidangan disahkan halal termasuk pelbagai wrap yang lazat seperti Garlic Soy Chicken Wrap, Fiery Korean Chicken Wrap, Cheezy Bolognese Chicken Wrap serta Chicken Bites.

Sebagai pelengkap kepada menu makanan baharu, HWC Coffee juga memperkenalkan siri Refresher Delights, yang menawarkan pilihan teh dengan perisa unik dicipta khas untuk penggemar teh. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN