Hujan lebat ribut petir di beberapa negeri hingga pukul 9 malam

Hujan lebat ribut petir di beberapa negeri hingga pukul 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa negeri dijangka dilanda hujan lebat, ribut petir serta angin kencang hingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan di Facebook berkata, amaran cuaca itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Kedah amaran cuaca itu dikeluarkan bagi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Selain itu, di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar; Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh).

“Selain Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Selangor, amaran cuaca sama dikeluarkan bagi Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson); dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” kata kenyataan itu.

Amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang turut dikeluarkan bagi kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang di Sarawak manakala Sabah membabitkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya