PETALING JAYA: Hujan lebat berterusan tahap huruk dijangka terus berlaku di beberapa daerah di Pahang dan Johor sehingga 23 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara daerah yang dijangka dilanda cuaca berkenaan termasuk Kuantan, Pekan dan Rompin bagi Pahang manakala daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Hujan lebat berterusan tahap waspada diramal di Kelantan iaitu daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh hingga Sabtu ini.
“Amaran hujan lebat berterusan tahap waspada bagi tempoh sama turut dikeluarkan di Terengganu dan beberapa daerah di Pahang iaitu Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.
“Sementara itu, amaran hujan lebat berterusan tahap waspada sehingga Rabu ini bagi beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya. – UTUSAN