Hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur, Johor minggu depan

Hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur, Johor minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di negeri Pantai Timur bermula 19 hingga 23 November ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, antara kawasan terlibat ialah Terengganu, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).

Keadaan sama turut dijangka melanda Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu.

MetMalaysia turut menasihati orang ramai agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya