Hujan berterusan, empat negeri berisiko banjir

Hujan berterusan, empat negeri berisiko banjir

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa negeri Pantai Timur dan Johor selama lima hari berturut-turut.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, amaran taburan hujan berterusan dalam kategori waspada tersebut akan bermula pada 19 hingga 23 November ini.

“Kawasan di Pantai Timur yang diramalkan terlibat ialah seluruh negeri Terengganu, Kelantan (Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh) dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Sementara itu, enam kawasan di Johor yang dijangka mengalami hujan berterusan iaitu Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

“Justeru, sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem,” katanya.

Katanya, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Dalam pada itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan meningkatkan rondaan di empat pantai tumpuan pelancongan di negeri Kelantan sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Rondaan akan dilakukan lebih kerap terutama di Pantai Geting, Pantai Irama, Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tok Bali.

Menurut APM, pantauan ketat tersebut adalah bagiI memastikan keselamatan pengunjung semasa musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL).

Sehubungan itu, setiap pantai akan terdapat empat anggota APM bertugas di bahagian menara Penyelamat Pantai

“Pengunjung diingatkan agar berhati-hati dengan isyarat bendera merah yang menandakan amaran ombak tinggi dan angin kuat.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya