Hospital Teluk Intan rintis kempen makanan, minuman ‘bebas gula’

Hospital Teluk Intan rintis kempen makanan, minuman ‘bebas gula’

A. SIVANESAN (tengah) pada Pelancaran War On Sugar Peringkat Negeri Perak dan Program Kesihatan Warga Emas di Hospital Teluk Intan (HTI), Perak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Hospital Teluk Intan (HTI) bakal menjadi institusi perubatan awam yang me­rintis kempen ‘bebas gula’ selain menggalakkan makanan sihat di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan, berkata, HTI akan menjadi hospital kajian bebas gula untuk penyediaan minuman dan makanan kepada pesakit termasuk di kantin dan kafeteria.

Beliau berharap perkara itu diharap dapat direalisasikan pada Januari tahun depan.

Katanya, peraturan itu turut menetapkan pelawat tidak dibenarkan membawa minuman bergula dan makanan tidak berkhasiat sepanjang berada di hospital berkenaan.

“Saya mengharapkan perkara ini dapat dipertimbang pengarah kesihatan negeri dan hospital. Kita isytihar zero sugar (HTI),” katanya pada Majlis Pelancaran War On Sugar Pe­ringkat Negeri Perak dan Program Kesihatan Warga Emas di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, semalam.

Katanya, HTI sesuai untuk dijadikan sebagai hospital kajian kerana menampung pesakit yang ramai.

“Saya juga berbual dengan pelawat dan pesakit di kantin hospital yang menyatakan teh tarik yang disediakan kurang gulanya berbanding di luar.

“Makanan yang disediakan kurang minyak dan lemak kerana tiada kulit. Pemeriksaan saya di dapur kantin hospital turut mendapati dapurnya bersih walaupun perlu menyediakan makanan untuk beratus-ratus orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya