Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak siap awal 2029

Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak siap awal 2029

MOHAMED Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hospital Angkatan Tentera di dalam Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2029.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek pembinaan hospital tersebut dilaksanakan melalui kaedah reka dan bina secara tender terbuka pra-kelayakan bagi memastikan kerajaan mendapat nilai terbaik dalam pelaksanaannya.

Kata beliau, ia juga bagi memastikan kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF) itu benar-benar berwibawa kan kompeten.

Pada masa ini, MINDEF sudah selesai melantik kontraktor yang akan melaksanakan projek ini. Pihak kontraktor sudah memasuki tapak pada pertengahan November 2024 dan projek ini akan dilaksanakan selama 217 minggu atau empat tahun.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2029,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu) yang memintanya menyatakan status terkini pembinaan Hospital Angkatan Tentera di dalam Kem Terendak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya