Hilang kerja, Da’i Syed dan isteri berniaga untuk tampung keluarga - Utusan Malaysia

Hilang kerja, Da’i Syed dan isteri berniaga untuk tampung keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pendakwah selebriti, Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail bakal menjual barangan perhiasan wanita untuk mencari pendapatan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Menurut Syed, perniagaan itu, yang membabitkan jualan produk yang diterbangkan dari Mesir, merupakan inisiatif untuk mereka menjana pendapatan sementelah ketiadaan pekerjaan, buat masa ini.

“Setakat ini, memang saya tidak menerima sebarang tawaran kerja. Insya-Allah, saya dan isteri tidak lama lagi akan mulakan perniagaan menjual perhiasan wanita yang didatangkan dari Kaherah, Mesir.

“Saya harap, masyarakat dapat berikan sokongan kepada perniagaan kami. Insya-Allah, saya dan isteri akan bersiaran langsung di media sosial untuk menjual barangan-barangan tersebut tidak lama lagi,” jelasnya.

Syed berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding sebutan rayuan kes rogol membabitkannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, pagi tadi.

Dia ditemani peguam Muhammad Amin Othman.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen di sini pada 30 Ogos lalu menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan terhadap Syed selepas didapati bersalah merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.

Hakim, Norazlin Othman memerintahkan lelaki itu dihukum serta-merta selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Syed bagaimanapun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, berhubung sabitan dan hukuman yang ditetapkan mahkamah.

Menerusi notis rayuan yang difailkan pada 30 Ogos lalu, pendakwah berusia 29 tahun itu membuat permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim yang menjatuhinya hukuman berkenaan.

Disoal mengenai keadaannya sekarang, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful memaklumkan dia tenang dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Buat masa sekarang, saya banyak menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Melepaskan rindu.

“Isteri saya pula baru selesai berpantang. Alhamdulillah, dia sihat.

“Keadaan saya pula okey sahaja, tenang dalam menjalani kehidupan. Saya tidak nafikan, adakalanya saya sedih apabila membaca komen netizen.

“Tapi saya anggap itu lumrah kehidupan. Komen (negatif) netizen saya tak simpan dalam hati,” jelasnya.

Syed dan Hana sah bergelar suami isteri pada 3 Disember 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya