‘Hati pun sudah tiada sepenuhnya pada yang lepas' - Utusan Malaysia

‘Hati pun sudah tiada sepenuhnya pada yang lepas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Jangan sedih! Alhamdulillah, hati pun sudah tiada sepenuhnya pada yang lepas.”

Demikian kata pelakon, Nur Fazura ketika membalas pesanan terus atau Direct Message (DM) salah seorang peminatnya di Instagram yang meluahkan rasa tersentuh mendengar nyanyiannya yang tular, baru-baru ini.

Menerusi sebuah hantaran yang tular di TikTok, penyanyi lagu Bertahan Demi Cinta itu memaklumkan bahawa dirinya kini gembira dan sangat tenang kepada pemilik akaun tersebut yang turut mengagumi ketabahannya.

“Saya gembira dan tenang sangat dah.. Syukur,” katanya lagi.

Fazura berkata demikian seolah memujuk peminatnya yang benar-benar terkesan melihat aktres itu menyanyikan lagu Bertahan Demi Cinta tanpa pasangan duetnya, Fattah Amin.

“Kak Faz, saya sedih tengok awak menyanyi seorang tadi. Tapi, dalam hati saya kata kuatnya awak boleh hadap seorang diri menyanyi lagu itu tanpa setitik air mata pun.

“Saya yang dengar pun sedih sampai keluar air mata. Serius awak memang kuat. Semoga awak diberi kebahagiaan,” luah peminatnya.

Sebelum ini, aktres filem Gol dan Gincu itu menerima hentaman hebat selepas nyanyiannya dikatakan sumbang ketika mempromosikan lagu duet bersama bekas suaminya itu menerusi sebuah rancangan di Indonesia.

Untuk info, Bertahan Demi Cinta merupakan lagu duet Fazura dan Fattah yang telah dirakam bersama sebelum pasangan itu membuat keputusan untuk bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober lalu.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN