Harga lantai belian padi RM1,500 satu tan sedang dibincang

Harga lantai belian padi RM1,500 satu tan sedang dibincang

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan mengenai penetapan harga lantai belian padi kepada RM1,500 satu tan, dengan semua pemegang taruh dalam industri itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga minimum belian padi kini RM1,300 bagi setiap tan metrik termasuk di Sabah dan Sarawak yang ditetapkan sejak 15 Februari lalu.

“Hendak tetapkan RM1,500 saya bukan diktator, perlu berbincang dengan semua pihak termasuk Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan sebagainya kerana kerajaan ada sistem.

“Saya ingin menegaskan bahawa penetapan harga ini adalah langkah strategik bagi melindungi kepentingan pesawah.

“Namun begitu, perbezaan harga antara negeri adalah keputusan perniagaan berdasarkan dinamik pasaran setempat,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, KPKM menyifatkan semakan semula harga siling beras putih tempatan adalah wajar sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.

Beliau berkata, walaupun cadangan ini masih dalam proses kajian terperinci, pihak SuruhanjayaMM Persaingan Malaysia (MyCC) sudah melengkapkan laporan kajian am mengenai industri padi dan beras.

“Sekarang adakah nak kekal dengan harga itu? Kita akan dapatkan pandangan dari MYCC buat kajian, libat urus dengan banyak pihak..apabila sudah siap laporan itu, ia akan dibentangkan dalam masa terdekat ini dan dari situ kita akan bergerak dan bertindak untuk membuat perubahan mengenai hal padi dan beras secara menyeluruh secara besar-besaran,” kata beliau.

Beliau berkata, semakan itu perlu mengambil kira kos pengeluaran semasa dan unjuran kos pada masa depan, serta pergerakan harga beras putih global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya