Hapus polisi sekat lombong REE di hutan simpan - Sanusi - Utusan Malaysia

Hapus polisi sekat lombong REE di hutan simpan – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polisi menyekat aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpan kekal (HSK) perlu dihapuskan sekiranya negara berhasrat untuk meneroka unsur nadir bumi (REE) yang berpotensi menjadi sumber kekayaan baharu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, selagi polisi tersebut berkuat kuasa, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan mineral itu tidak akan dapat digubal.

Menurut beliau, ketiadaan SOP yang seterusnya menghalang pengeluaran lesen melombong (ML) itu amat merugikan kerana bahan itu mendapat permintaan tinggi khususnya dalam pembuatan bateri untuk kenderaan elektrik (EV).

“Saya sudah cadang dalam mesyuarat Majlis Mineral Negara, tahun lalu supaya dihapuskan sahaja polisi nombor 12 iaitu tidak menyokong sebarang usaha perlombongan dalam HSK, ini kerana kebanyakkan galian mineral itu ada dalam hutan simpan.

“Bila permohonan menjelajah (REE) selesai, kita tidak boleh nak keluarkan lesen perlombongan kerana perlu dilakukan kajian impak alam sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terlebih dahulu.

“EIA pula sudah tentu tidak akan lulus kerana polisi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam adalah tidak menyokong sebarang perlombongan dalam hutan simpan, maka kita terpaksa tunggu langkah mereka untuk menyegerakan proses ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas membentangkan Belanjawan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. 

Terdahulu, ketika ucapan Belanjawan 2025, Muhammad Sanusi menggesa Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan SOP yang betul dalam pengekstrakan REE.

Menurut beliau, penerokaan mineral itu akan diteruskan bagi memastikan hasil baharu tersebut akan membawa manfaat kepada rakyat. 

“Kerajaan negeri mengkategorikan REE sebagai sumber hasil paling berdaya maju untuk tahun-tahun mendatang. Rizab REE Kedah dianggarkan berjumlah 1.196 juta tan metrik. 

“Angka ini merupakan penerokaan hasil baharu yang dijangka diekstrak dalam tempoh 10 tahun akan datang. Kita mengharapkan potensi REE akan membawa impak besar kepada ekonomi negeri Kedah,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau mengakui kecewa apabila SOP bagi perlombongan REE itu belum dapat digubal sehingga menyebabkan ada pihak yang mengisytiharnya sebagai bauksit atau lantanid selepas melombong mineral itu.- UTUSAN

End

MUHAMMAD SANUSI MD NOR

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya