Hapus dadah sintetik cabaran besar 

Hapus dadah sintetik cabaran besar 

SHAMSUL Anuar Nasarah-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui  cabaran besar dalam membanteras penyalahgunaan dadah susulan  kemunculan dadah sintetik seperti Amphetamine Type Stimulant (ATS) yang menjadi trend baharu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri D.r Shamsul Anuar Nasarah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sukar memerangi bahan terlarang akibat perubahan trend penggunaan dadah.

“Antara punca yang menyebabkan masalah dadah sukar dibendung disebabkan perubahan trend daripada jenis dadah organik kepada sintetik.

“Kalau melihat statistik menunjukkan penyalahgunaan jenis ATS ini adalah seramai 115,410 orang iaitu 70.4 peratus, berbanding jumlah keseluruhan jenis dadah sehingga September lalu.

“Penyalahgunaan dadah jenis ganja pula hanya sekitar empat peratus iaitu 6,750 orang,” katanya  di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab  soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang meminta penjelasan daripada KDN berhubung punca menyebabkan usaha puluhan tahun untuk memerangi penyalahgunaan dadah di negara ini oleh kementerian dan agensi berkaitan seolah-olah tidak berjaya.

Shamsul Anuar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan AADK komited dalam usaha membendung kegiatan penyalahgunaan dadah dan bahan di seluruh negara.

“Antara langkah pencegahan adalah Pelaksanaan Op Tapis Khas PDRM yang melibatkan semua negeri di Malaysia bagi mengekang aktiviti dadah daripada terus berleluasa 

“Op ini tertumpu kepada kawasan-kawasan sarang penagih antaranya penempatan Felda, Felcra, ladang swasta, kawasan perumahan, penempatan jeti haram dan kampung nelayan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya