GV Ride, perkhidmatan e-haling terbaharu tawar satu juta tempahan percuma

GV Ride, perkhidmatan e-haling terbaharu tawar satu juta tempahan percuma

GV Ride menawarkan sejuta tempahan percuma bernilai RM15 sempena pelancaran perkhidmatannya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Penyedia e-hailing terbaharu, GV Ride menawarkan sejuta tempahan percuma bernilai RM15 dan ke bawah sempena pelancaran perkhidmatannya di seluruh Malaysia.

GV Ride yang memulakan pra operasinya pada September, dimiliki GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV), antara 30 syarikat yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Maand berkata, aplikasi GV Ride bersedia untuk bersaing dengan pemain e-hailing terkemuka lain dalam memberikan alternatif perkhidmatan e-haling mesra poket dengan sistem bidaan yang fleksibel antara pengguna dan pemandu.

“Aplikasi ini menawarkan ciri-ciri seperti penjejakan masa nyata, tempahan perjalanan melalui bidaan harga dan pilihan pembayaran tanpa tunai, sekaligus memberikan kemudahan dan ketelusan kepada pengguna,” katanya pada majlis pelancaran GV Ride di Sungai Long Golf & Country Club, Kajang, semalam.

Merasmikan majlis, Exco Pelaburan & Perdagangan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor Ng Zhe Han.

Pada majlis itu, GVV turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan empat syarikat dalam mengukuhkan lagi kehadiran GV Ride di pasaran e-hailing tempatan.

Menerusi MoU itu, Zlata Resouces Sdn Bhd akan menyediakan perlindungan insurans kepada pemandu e-hailing yang berdaftar dengan GV Ride, manakala Sejamas World Sdn Bhd akan menawarkan bateri kereta percuma kepada pemandu.

Selain itu, Network EV Sdn Bhd pula akan membekalkan port pengecasan kenderaan elektrik, manakala Persatuan Pemandu e-hailing Utara (NeHDA) sebagai rakan sokongan di wilayah utara.

“Ketika ini kita mempunyai 15,000 pemandu berdaftar dan kita sasarkan 50,000 pemandu menjelang akhir tahun ini sejajar dengan usaha agresif syarikat mengembangkan perkhidmatannya ke seluruh negara.

“Perkhidmatan GV diseluruh negara dan untuk pemandu akan diselia oleh seorang alpha bagi setiap negeri kecuali Perak Utara, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Langkawi yang diuruskan oleh persatuan yang dilantik oleh GV Ride,” kata Kabeer.

Pemandu yang berminat boleh mendaftar melalui aplikasi GV Ride yang boleh dimuat turun melalui platform App Store dan Google Playstore, dengan perkhidmatan pelanggan yang sedia membantu 24/7 melalui Autobot dan ejen perkhidmatan pelanggan.

Tambahnya, perkhidmatan GV Ride menawarkan potongan komisyen paling rendah iaitu 9% daripada kadar tambang berbanding penyedia e-hailing lain yang mengaut keuntungan antara 12% hingga 20% bagi setiap tempahan.

Dalam langkah untuk mengembangkan perniagaannya, Kabeer berkata GV Ride merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan e-hailing menggunakan kenderaan EV menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata ketika ini pihak syarikat sedang berunding dengan pembekal dari China dan menyasarkan sebanyak 2,500 unit kenderaan EV akan digunakan untuk fasa pertama dalam memenuhi keperluan pengguna.

“Syarikat juga akan menawarkan skim penjimatan di mana pemandu boleh menyewa kereta elektrik untuk kegunaan e-hailing, sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap kelestarian alam sekitar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya