Guru madrasah berdepan dua lagi pertuduhan amang seksual  - Utusan Malaysia

Guru madrasah berdepan dua lagi pertuduhan amang seksual 

MUHAMMAD Ilyaas Jamaludin (dua dari kanan) ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada bulan lalu atas pertuduhan terhadap pelajar berusia 12 tahun di Lenggeng, Nilai, Seremban. -UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang guru madrasah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua lagi pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar pada 2023 dan pada  Februari lalu. 

Tertuduh, Muhammad Ilyaas Jamaludin, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Mengikut dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual masing-masing terhadap dua kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah madrasah di Bandar Tasik Senangin, Lenggeng, Nilai pada awal hingga akhir 2023 serta pada pada awal hingga akhir Februari lalu. 

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat. 

Surita memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi dan mangsa. 

Timbalan Pendakwa Raya, Noraziha Asmuni  juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pertuduhan baharu tersebut ekoran siasatan lanjut mendapati dua lagi mangsa tampil memberikan keterangan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Januari depan bagi sebutan semula kes. 

Pada 11 Oktober lalu, media melaporkan pengajar sebuah madrasah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang penghuni madrasah berusia sembilan tahun, tahun lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya