Gunakan AI untuk manfaat masyarakat, bukan keuntungan semata-mata - Permaisuri Agong

Gunakan AI untuk manfaat masyarakat, bukan keuntungan semata-mata – Permaisuri Agong

RAJA Zarith Sofia menyampaikan anugerah kepada graduan terbaik sempena Majlis Konvokesyen ke 68, UTM Skudai, Johor Bahru disini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah agar teknologi kecerdasan buatan (AI) dimanfaat untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan tidak bersandarkan keuntungan semata-mata.

Baginda bertitah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diamanahkan sebagai peneraju penyelidikan AI melalui penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan pertama di Malaysia.

“Antara tanggungjawab adalah  memastikan teknologi itu digunakan dengan bertanggungjawab dan beretika kerana perkembangan AI menawarkan peluang dan cabaran yang besar,” titah baginda sempena Majlis Konvokesyen ke-68 UTM, di sini hari ini.

Raja Zarith Sofiah turut bertitah agar rakyat negara ini memainkan peranan masing-masing dalam menangani kerosakan alam semulajadi.

“Tidak boleh dinafi kita sedang hidup dan sedang menyaksikan aktiviti manusia telah merosakkan sistem semula jadi dunia kita secara ketara dan membimbangkan.

“Ianya bermula dengan perubahan sikap dan rasa tanggungjawab untuk memelihara dunia kita ini untuk generasi akan datang.

“Alhamdulillah, saya difahamkan UTM antara institusi yang telah mengusahakan elemen kesihatan dunia melalui Pelan Kelestarian UTM 2030 bagi menyahut cabaran tersebut. Tahniah saya ucapkan,” titah baginda.

Berangkat sama, Pro Canselor UTM, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor. Turut hadir, Naib Canselor UTM, Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Pada 26 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha UTM mewujudkan Fakulti AI pertama di Malaysia dalam tempoh empat bulan 

Sementara itu, Ahmad Fauzi dilaporkan memberitahu, Fakulti AI menyaksikan seramai 126 penuntut sepenuh masa telah berdaftar dengan 27 daripadanya merupakan penuntut antarabangsa.

Ahmad Fauzi turut memaklumkan kesediaan pihaknya mengadakan kursus jangka pendek melibatkan teknologi AI buat masyarakat umum termasuk golongan bekerja.

“UTM memiliki lebih 100 pakar dalam pelbagai disiplin AI, jadi tiada masalah untuk sediakan program bagi golongan dewasa dan bekerja,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya