Graduan Unimap perlu lengkapkan diri hadapi alam pekerjaan: Raja Muda Perlis

Graduan Unimap perlu lengkapkan diri hadapi alam pekerjaan: Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan merakamkan gambar bersama selepas sidang kelima Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-19 di Dewan Ilmu, Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Graduan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) perlu melengkapkan diri melakukan persediaan bagi peralihan ke alam pekerjaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, graduan universiti itu seharusnya memantapkan pembangunan insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan pemikiran kritis yang merupakan antara elemen penting menghadapi alam pekerjaan penuh cabaran.

“Kemahiran-kemahiran ini akan membantu anda berinteraksi dengan rakan sekerja, memahami kehendak majikan dan menyesuaikan diri dengan budaya kerja,” titah baginda bersempena sidang kelima Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-15 di Dewan Ilmu, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, baginda yang juga Canselor Unimap turut bertitah agar graduan institusi itu dapat mempraktikkan pengalaman dan latihan industri mereka ketika berada dalam fasa alam pekerjaan kelak.

Titah baginda, pengalaman kerja sewaktu latihan industri memberi pendedahan awal kepada graduan berhubung situasi dan tuntutan alam pekerjaan sebenar.

“Saya percaya anda telah mempelajari amalan terbaik, pembinaan rangkaian profesional dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan industri,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah agar para graduan dapat bersiap sedia dalam aspek mental dan emosi ketika beralih ke alam pekerjaan sebenar.

Titah baginda, dunia pekerjaan adalah mencabar daripada segi mental dan fizikal kerana melibatkan tanggungjawab yang lebih berat bersama tekanan kerja berbeza berbanding kehidupan kampus.

“Dengan persediaan mental yang kukuh, anda akan lebih mampu menyesuaikan diri, bersikap fleksibel dan menjaga kesihatan mental di tempat kerja,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya