Graduan politeknik, kolej komuniti sentiasa jadi rebutan di pasaran

Graduan politeknik, kolej komuniti sentiasa jadi rebutan di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Alhamdulillah syukur, semenjak bermula era kemerdekaan, negara kita terus-menerus mengatur langkah secara sistematik dalam mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik buat seluruh rakyatnya termasuklah penubuhan politeknik.

Hal itu termasuklah dalam sistem pendidikan yang berakar-umbi kepada aliran pendidikan vokasional dan teknikal seperti Politeknik Malaysia, kolej komuniti, kolej vokasional dan pelbagai institusi pendidikan latihan dan kemahiran dan vokasional (TVET) yang lain lagi.

Kata mudah, aliran yang bertunjangkan kemahiran TVET begitu digerak aktifkan agar pengetahuan, kemahiran dan kebolehpasaran anak tempatan tidak tertinggal jauh berbanding negara-negara maju yang lain.

Politeknik Malaysia sebagai contoh sudah sekian lama sejak detik awal penubuhannya pada tahun 1969 dahulu hinggalah masa ini, sentiasa memantau dengan penuh sedar akan perubahan semasa dalam perubahan aspek teknologi agar apa yang terkandung dalam kurikulum sedia ada tidak ketinggalan.

Kita sedia menyedari bahawa kadar peratus kebolehpasaran graduan TVET seperti lulusan politeknik Malaysia sangat tinggi dan sentiasa menjadi rebutan pihak industri.

Sebut sahaja seseorang itu berkelulusan Politeknik dan Kolej Komuniti, maka pihak industri tanpa ‘berfikir lama’ untuk menyerap seseorang itu sebagai pekerja mereka.
Dunia hari ini dikatakan sebagai kecerdasan buiatan (AI) .

AI sebagai penggunaan teknologi tinggi dalam bentuk ‘machine learning’ dan ‘data mining’ yang sentiasa berkembang dalam urusan kehidupan dan kehendak manusia, ke arah yang lebih mudah, pantas, dan berkesan.

Sesungguhnya, istilah AI diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia.

Kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.

Perlulah kita ketahui bahawa AI merupakan kecerdasan yang dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana oleh pemikiran manusia. AI telah difahami sebagai satu bidang ilmu komputer pada pertengahan tahun 1950-an.

Biar setinggi mana pun aspek sains dan teknologi, tapat asas jati diri selaku umat Islam dengan berakalkan secara Islamik yang mendahulukan ketinggian kekuasaan Allah. – UTUSAN

 

 

MOHD RIZAL AZMAN RIFIN ialah pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Muadzma Shah.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN