Govinda cipta memori bersama peminat - Utusan Malaysia

Govinda cipta memori bersama peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar berhibur, kehadiran kumpulan Govinda meninggalkan kenangan manis buat peminat dan mereka sendiri melalui konsert Govinda Hal Hebat di Zepp, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kumpulan itu mengakui yang mereka tidak pernah terfikir akan berpeluang untuk membuat persembahan di Malaysia.

Pemain bassnya, Yosafat Luki Marendra berkata, dia terharu kerana dapat menghiburkan peminat kerana sebelum ini hanya datang untuk mengiringi persembahan penyanyi, Ernie Zakri.

“Sangat luar biasa, tak pernah pun terfikir dapat peluang seperti ini.

“Dulu kita datang hanya untuk bersama- sama dengan Ernie sahaja. Tapi malam ini tak sangka kita akan ada disini untuk hiburkan peminat,” katanya.

Peminat pada malam itu turut berpeluang menonton dokumentari pembikinan Album Govinda Live Studio Session 2023. 

Vokalisnya, Ifan, berkata, dokumentari itu belum pernah ditayangkan di mana-mana platform. 

“Kami sekian lama menginginkan sebuah album, kini, kami berjaya mengumpulkan 12 lagu di dalam album ini.

“Perjalanan mimpi besar Govinda kami simpulkan dalam sebuah dokumentari. Ia tidak pernah kami tayangkan di mana-mana, bahkan di Indonesia juga.

“Jadi istimewa untuk peminat di Kuala Lumpur, kami tayangkan untuk anda semua yang hadir,” ujarnya. 

Dokumentari tersebut berkisar pengalaman kumpulan Govinda merakaman album berkenaan di Abbey Road Studio, Westminster, London.

Pada konsert itu, Govinda yang dianggotai Ade Nurulianto (gitaris) dan Jeje (drum), turut memberikan penghormatan kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menerusi persembahan lagu Engkau Laksana Bulan.

Konsert istimewa itu turut dimeriahkan dengan penampilan barisan penyanyi handalan negara seperti Aina Abdul, Ernie Zakri dan Elica Paujin. Turut membuat kemunculan adalah vokalis kumpulan Padi, Fadly.

Sejumlah 19 buah lagu, antaranya Tentang Rasa, Episode Bahagia, Mantan Terindah, Setengah Mati Merindu, Tanpa Batas Waktu, Masing-masing dan Hal Hebat dipersembahkan pada malam itu.

Kehadiran artis tersohor seperti Anuar Zain, Fattah Amin, Ivan Seventeen, dan Cakra Khan pada malam itu turut mencuri tumpuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya