GISBH: Pelan program pemulihan akidah dilaksana secara sistematik

GISBH: Pelan program pemulihan akidah dilaksana secara sistematik

ZULKIFLI Hasan (dua dari kiri) ketika ditemui di program Dialog Perpaduan Malaysia Madani 2024 di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelan pemulihan akidah melibatkan ahli-ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang telah difatwakan sesat akan dilaksanakan secara sistematik dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Ini bagi memastikan mereka dapat dipulihkan dan tidak akan kembali kepada ajaran sesat itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pelaksanaan pelan itu juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mencapai matlamat dikehendaki.

“Setakat ini program pemulihan akidah ahli GISBH dibuat berterusan dan dilaksanakan secara sistematik serta teliti oleh semua pihak terlibat. Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ambil peranan itu dengan kerjasama semua Jabatan Agama Islam Negeri.

“Pelan pemulihan akidah ini sudah mengambil kira semua aspek, kita akan laksanakan dan tambah baik dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program Dialog Perpaduan Malaysia Madani 2024 di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan sekiranya ada ahli GISBH yang tidak berjaya dipulihkan sekali gus menimbulkan kebimbangan ajaran sesat itu kembali dihidupkan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, jumlah bekas ahli GISBH yang hadir secara sukarela bagi mengikuti pelan pemulihan itu akan dimaklumkan menteri berkaitan dalam sidang Parlimen.

“Perkara itu perlu dirujuk pihak autoriti, perlu disemak dan teliti,” jelasnya.

Pada 14 November lalu, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Pengerusinya, Datuk Nooh Gadut dilaporkan berkata, mesyuarat yang bersidang pada 24 hingga 26 September lalu telah yakin dan berpuas hati dengan hujah dan fakta dikemukakan penyelidik mengenai GISBH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya