Genjatan senjata Israel-Lubnan elak pencerobohan lanjut - PM

Genjatan senjata Israel-Lubnan elak pencerobohan lanjut – PM

ANWAR Ibrahim ketika sesi soal jawab pada Majlis Peluncuran Festival Idea Putrajaya 2024. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan yang sedang berkuat kuasa adalah amat positif sekali gus dapat mengelakkan sebarang serangan dan pencerobohan lanjut.

Perdana Menteri berkata, penyelesaian secara damai terhadap konflik terbabit amat dialu-alukan  walaupun Malaysia masih menunggu butiran lanjut mengenainya.

“Buat masa ini, gencatan senjata nampaknya sesuatu yang positif, tetapi terdapat kebimbangan tertentu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak, kita perlu memantau dengan rapi.

“Bagi saya, yang paling penting sudah tentu gencatan senjata, kerana sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan sebarang serangan atau pencerobohan lanjut,” katanya pada sesi soal jawab bersama peserta pada Festival Idea Putrajaya (FOI) di sini, hari ini.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan.

Kesepakatan itu dicapai selepas kedua-dua pihak menerima perjanjian dengan AS dan Perancis sebagai pengantara.

Biden dilaporkan berkata, pertempuran di sempadan Israel-Lubnan akan berakhir pada jam 4 pagi waktu tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya