Gamuda, Land Taylor’s pendidikan rendah menengah mampu milik

Gamuda, Land Taylor’s bentuk kerjasama pendidikan rendah menengah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gamuda Land dan Taylor’s Education Group baru-baru ini bekerjasama bagi menjadikan pendidikan rendah dan menengah swasta lebih mampu milik dan boleh diakses oleh keluarga di perbandaran dan sekitarnya.

Usaha sama strategik tersebut bertujuan untuk menubuhkan sekolah antarabangsa mampu milik dalam perbandaran Gamuda Land yang berkembang maju, bagi menawarkan pengalaman pendidikan holistik yang boleh diakses pada harga yang berpatutan.

Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap pendidikan swasta di Malaysia, ramai ibu bapa menghadapi halangan dari segi kemampuan, jarak ke sekolah-sekolah berprestij, dan akses kepada kemudahan yang menyokong pengalaman pembelajaran menyeluruh.

Menyedari cabaran-cabaran ini, kedua-dua organisasi sedang bekerjasama untuk mencipta model pendidikan tanpa halangan-halangan tersebut dan menyokong keluarga dengan penyediaan pendidikan swasta yang mampu milik di perbandaran Gamuda Land, iaitu Gamuda Gardens dan Gamuda Cove.

Sekolah pertama di bawah kerjasama itu akan dilancarkan di Gamuda Gardens, diikuti dengan rancangan untuk sebuah sekolah kedua di Gamuda Cove.

Direka bentuk mengikut piawaian antarabangsa, sekolah berkenaan akan menekankan pendekatan seimbang dalam akademik, sukan, seni, dan pembangunan sahsiah, memastikan pelajar bersedia untuk berkembang maju dalam dunia yang saling berhubung kait.

Pelajar juga akan mendapat akses kepada kemudahan komuniti yang luas di Gamuda Gardens, termasuk kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang sukan, tasik, taman bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna di luar bilik darjah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN