‘Full House’ Juicy Luicy tutup sejarah Malam Galau terakhir - Utusan Malaysia

‘Full House’ Juicy Luicy tutup sejarah Malam Galau terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pop Jazz Indonesia, Juicy Luicy merealisasikan Hasrat peminat Malaysia apabila muncul membuat persembahan penutup pada konsert Malam Galau yang berakhir semalam.

Band asal Bandung, Indonesia yang dianggotai Julian Kaisar (vokalis), Denis Ligia (gitar elektrik), ZamzamY.M (saxophone dan gitar akustik), Dwi Nugroho (drum), dan Bina Bagja (bass) memukau hampir 2,500 penonton di Zepp Kuala Lumpur.

“Apa khabar Kuala Lumpur? Terima kasih mengundang kami ke sini.

“Maaf lagu kami tiada yang gembira. Kalau ada pun cuma satu iaitu Cuma Sama Kamu, boleh dengar bersama kekasih.

“Kepada yang masih solo, semoga kalian semua sihat dan banyak duitnya,” seloroh Julian Kaisar.

Menerusi konsert malam tadi, Juicy Luicy menyanyikan 15 lagu hits selain membuat kejutan mengundang penyanyi Malaysia iaitu Aisha Retno dan Aziz Harun ketika mendendangkan lagu Sialan.

Turut sama memeriahkan konsert sepanjang tiga jam itu ialah penyanyi Indonesia, Allan Andersn serta band berbakat Malaysia Transitions, Patriots, Vota dan Kureji.

Selepas berjaya mengadakan 14 konsert di bawah jenama Malam Galau, penganjur, Hashtag Media, Elmi Elmo mengumumkan tidak akan melanjutkannya lagi atas beberapa faktor.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong Malam Galau selama ini termasuk kumpulan Indie mahupun artis popular.

“Mereka sanggup bertolak ansur dengan harga kerana mereka faham tiket Malam Galau dijual murah.

“Sejak dari Malam Kalau Angkasa dengan jumlah 500 orang kita berjaya yakinkan penonton sehingga 4,000 orang.

“Konsert itu tidak hanya memberi impak kepada kami penganjur, tapi para artis yang pernah beraksi di konsert kami. Kami akan merindu aura dan segalanya tentang Malam Galau,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya