Flat Pandan Mewah digempur, 400 warga asing diperiksa

Flat Pandan Mewah digempur, 400 warga asing diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Sebuah flat di Pandan Mewah, di sini digempur Jabatan Imigresen (JIM) Selangor semalam susulan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan itu.

Serbuan bermula pukul 6 petang itu dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menerusi operasi itu, pihak berkuasa turut bertindak mengepung flat yang mempunyai 12 blok selain melakukan sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar dan masuk kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, serbuan itu susulan aduan orang ramai mengenai kebanjiran warga asing.

Kata beliau, hampir 400 warga asing yang mendiami kawasan itu dikesan setakat pemeriksaan sehingga pukul 7.30 malam semalam.

“Kesemua yang diperiksa terdiri daripada kanak-kanak berusia dua tahun hingga orang dewasa berusia 50-an.

“Pemeriksaan awal mendapati majoriti warga asing yang diperiksa adalah warga Myanmar dan Bangladesh dan kita menahan mana-mana warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tidak memiliki dokumen perjalanan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya melakukan risikan selama seminggu sebelum operasi bersepadu itu dilaksanakan.

“Kita juga akan mengambil tindakan mengesan mana-mana pemilik unit kediaman yang menyewakan kediaman mereka kepada warga asing selain melaksanakan operasi berkenaan dari semasa ke semasa bukan sahaja di Ampang Jaya, malah seluruh Selangor,” jelasnya.

Dalam operasi sama, MPAJ turut menyita barangan di dua premis kedai runcit yang disyaki menjalankan penggajian pekerja warga asing tanpa permit.

MPAJ tidak menolak kemungkinan ada pemilik premis perniagaan yang menyewakan kedai mereka kepada warga asing secara ‘Ali Baba’.

Dalam perkembangan sama, satu kemyataan berhubung maklumat terkini jumlah warga asing yang ditahan akan dikeluarkan Jabatan Imigresen dalam masa terdekat sebaik proses dokumentasi sepenuhnya selesai dijalankan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya