Fitnah di media sosial, Fazura buat laporan polis - Utusan Malaysia

Fitnah di media sosial, Fazura buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik seorang wanita di Instagram.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, membuat laporan itu di  Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat pelakon itu.

“Kita ada terima laporan Fazura, yang dibuat pukul 3.45 petang semalam di Damansara,” ujarnya kepada media.

Terdahulu, penyanyi Bertahan Demi Cinta itu mencuri perhatian apabila memuat naik sekeping foto di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak bercerita sebarang butiran mengenai laporan fitnah berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN