Firma Singapura lepas milikan saham kepada 20 peratus dalam U Mobile

Firma Singapura lepas milikan saham kepada 20 peratus dalam U Mobile

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Straits Mobile Investment Pte Ltd iaitu syarikat asing dari Singapura akan mengurangkan pemilikan saham dalam U Mobile sebanyak 49 peratus kepada 20 peratus bagi  meningkatkan peratusan pemilikan tempatan.

Ia susulan  pelbagai kritikan dan persoalan timbul selepas  U Mobile dipilih oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjadi penyedia rangkaian 5G kedua negara.

U Mobile dalam satu kenyataan berkata, Straits Mobile Investment Pte Ltd, unit milik penuh ST Telemedia yang beribu pejabat di Singapura, bersetuju dengan penyelarasan strategik pemilikan pegangan sahamnya daripada 49 peratus kepada 20 peratus.

Menurutnya, penyelarasan tersebut bagi meningkatkan peratusan pemilikan syarikat-syarikat tempatan.

Sementara itu,  U Mobile berkata, syarikat tersebut bersedia untuk menerajui rangkaian 5G kedua selaras dengan keutamaan negara dengan mengukuhkan penglibatan dan penyertaan tempatan dalam infrastruktur telekomunikasi kritikal.

“Walaupun pemilikan asing adalah perkara biasa dalam sektor telekomunikasi, strategi U Mobile mengutamakan pembangunan industri Malaysia dan pengukuhan pemilikan tempatan.

“Perkongsian tempatan yang meningkat ini menyokong dedikasi U Mobile untuk kepentingan negara,” kata kenyataan itu.

Terdahulu di dalam Dewan Rakyat, Menteri komunikasi Fahmi Fadzil berkata, syarat am untuk pegangan ekuiti asing dalam lesen individu bagi penyedia kemudahan rangkaian dan penyedia perkhidmatan rangkaian dihadkan pada 49 peratus dengan pemilikan bumiputera diberi mandat sekurang-kurangnya 30 peratus.

“Pada masa ini, pegangan ekuiti asing U Mobile kekal dalam had yang ditetapkan oleh syarat khas lesen yang diberikan kepada firma itu,” katanya.

Kata Fahmi, keputusan memilih U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua tidak melanggar syarat lesen khas yang ditetapkan untuk firma itu.

Fahmi menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang bertanya sama ada pemilihan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua telah melanggar syarat lesennya memandangkan pemegang saham majoriti adalah firma Singapura.

Dalam pada  itu, U Mobile berkata pengurusan rangkaian 5G kedua tidak memerlukan dana Putrajaya.

“U Mobile ingin memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa ia akan terus disokong dengan baik tanpa bergantung kepada pembiayaan kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya