Festival Idea Putrajaya bakal jadi wadah inspirasi, intelektual serantau

Festival Idea Putrajaya bakal jadi wadah inspirasi, intelektual serantau

ZAINI Ujang (tengah) bergambar dengan pemenang Festival Idea Putrajaya pada Majlis Perasmian Jerayawara Festival Idea Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhasrat menjadikan Festival Idea Putrajaya 2024 sebagai wadah kepada pelbagai inspirasi dan kejayaan rakyat negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, acara julung kali itu juga bakal mengangkat wadah intelektual serius serta mengetengahkan kebijaksanaan anak tempatan.

“Saya mahu lihat festival ini mampu meletakkan nama Malaysia di peta dunia sebagai hab kecemerlangan pemikiran dan inovasi berakarkan tradisi, nilai dan budaya kita,” katanya.

Teks ucapan beliau ketika merasmikan siri Jerayawara Festival Idea Putrajaya 2024 di sini yang dibacakan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang.

Mengulas lanjut, Zambry memaklumkan bahawa untuk kali pertama ia akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya selama tiga hari mulai 27 November nanti.

“Kita juga menyasarkan penyertaan pelbagai negara dan menjadikan Putrajaya sebagai pusat dialog intelektual serantau yang menyumbang solusi cabaran global,” tambahnya.

Inspirasi bagi penganjuran festival itu ujar beliau, berdasarkan kejayaan model acara sama bertaraf antarabangsa yang sering kali diadakan di pelbagai universiti tersohor Barat.

Bagaimanapun tegasnya, setelah meneliti dengan rapi, festival di Oxford dipilih kerana ia dilihat paling sesuai dengan matlamat KPT menjadikan Malaysia sebagai hab rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya