Fazura fail tuntutan hadanah anak terhadap Fattah

Fazura fail tuntutan hadanah anak terhadap Fattah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin selesai merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya seperti yang dipersetujui bersama sebelum ini selepas sebulan berpisah.

Perkara itu telah disahkan oleh peguam syarie mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan yang turut memaklumkan urusan tersebut dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam.

“Ya, urusan rekodkan persetujuan berkaitan idah dan nafkah anak selesai hari ini (semalam).

“Rekod tersebut adalah seperti yang telah dipersetujui oleh mereka berdua dalam proses perceraian pada Oktober lalu,” katanya.

Difahamkan, aktres sensasi itu turut memfailkan tuntutan berhubung kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap Fattah yang dijangka akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“Tentang hadanah juga telah difailkan dan akan dibicarakan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya lagi.

Pada 7 Oktober lalu, Fazura dan Fattah sah bercerai dengan talak satu di mahkamah yang sama selepas aktres itu memfailkan perceraian pada 13 September lalu.

Untuk info, Fazura dan Fattah telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima, 4. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN