Fazura dapat hak penjagaan anak, Fattah dibenarkan lawat tiga kali seminggu - Utusan Malaysia

Fazura dapat hak penjagaan anak, Fattah dibenarkan lawat tiga kali seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuntutan hadanah bekas suami isteri, Fattah Amin dan Nur Fazura selesai apabila mahkamah menetapkan hak penjagaan anak mereka, Fatima Aisya diserahkan kepada Fazura manakala Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan bermalam dua kali sebulan.

Peguam mewakili Fattah, Zulkifli Yong Azmi, memaklumkan persetujuan tersebut telah pun dimuktamadkan sewaktu proses perceraian mereka awal Oktober lalu.

“Hak penjagaan dan lawatan telah pun dipersetujui sebelum ini dan telah direkodkan sebagai perintah mahkamah.

“Hak penjagaan Fatima diberikan kepada Nur Fazura selaku ibu, manakala Fattah diberikan hak lawatan tiga kali seminggu dan hak bermalam bersama Fatima dua kali, iaitu setiap hari Jumaat hingga Ahad dalam sebulan,” katanya.

Tambahnya, sekiranya berlaku pelanggaran dalam perjanjian hadanah tersebut, mereka berhak mulakan prosiding penghinaan mahkamah.

Fazura yang ditemui ketika ditemui di mahkamah berkenaan pagi tadi meluahkan rasa syukur kerana semua urusan berjalan baik.

“Alhamdulillah. Saya tak ada apa-apa yang mahu diulas,” katanya.

Terdahulu Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya