Farid Kamil terus pujuk isteri - Utusan Malaysia

Farid Kamil terus pujuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Selamat hari istimewa, hari ijab qabul kita.”

Demikian dedikasi pelakon, Farid Kamil, yang tidak putus asa memujuk isterinya yang juga aktres, Diana Danielle menerusi kad ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

Menurut Farid, dia berharap dapat terus hidup bersama pelakon filem Imaginur itu hingga ke syurga.

“Assalamualaikum. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga kita dalam menempuh setiap langkah dan perjalanan.

“Selalu bahagia hingga kita bersatu kembali dalam rahmat-Nya di syurga nanti wahai isteriku,” tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Remp-it itu turut memuat naik fotonya sedang menunaikan solat sunat selepas majlis pernikahannya, 12 tahun lalu.

Farid yang bakal bersemuka dengan isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur esok juga menyerahkan takdir kisah hidup mereka kepada Sang Pencipta.

“Kepada Mu ku berserah, Kepada Mu ku berlindung. Hanya Engkau Maha mengetahui,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.

Sebelum ini, Diana mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Enggan mendedahkan punca pergolakan rumah tangga, Diana juga tidak lagi mahu dipujuk dan termakan dengan janji manis Farid.

Farid bagaimanapun menyifatkan kemelut yang berlaku itu hanya perselisihan faham kecil yang biasa berlaku terhadap mana-mana pasangan yang sudah berumah tangga.

Pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana sah bercerai talak namun, kembali rujuk selepas sebulan berpisah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya