Enggan komen hal peribadi namun saya akan terus berjuang - Diana Danielle

Enggan komen hal peribadi namun saya akan terus berjuang – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Diana Danielle, 33, enggan mengulas lebih lanjut berhubung kes mahkamah melibatkan kes perceraiannya dengan suami, Farid Kamil.

Menurut Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, setakat ini tiada apa-apa perkembangan mengenai kes perceraiannya.

Pada masa yang sama, Diana mengakui mengharapkan yang terbaik buat semua pihak.

“Saya tidak akan komen apa-apa berkenaan perkara peribadi, cuma saya harapkan biarlah hasilnya positif. Tetapi saya akan terus berjuang dan terbang lebih tinggi.

“Apabila ditanya bagaimana cara dia memperoleh kekuatan saat diuji dengan masalah rumah tangga, pelakon filem Imaginur ini mengakui bahawa segala kekuatannya adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Saya bukan nak cakap sangat tentang hal ini tapi buat masa ini saya hanya fokus dengan solat sahaja.

“Apa sahaja pahit manis yang saya lalui, waktu bersujud itulah saya meluahkan apa yang dirasai dan daripada situ saya mendapat ketenangan.

“Saya juga berharap dapat menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan sentiasa berpegang kepada kekuatan yang diberikan oleh Allah,”katanya.

Diana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelantikan duta B&G Recipe yang berlangsung di Tropicana Avenue, hari ini.

Kongsi Diana lagi, selain keluarga, rakan-rakan dan peminat antara individu yang banyak memberi kata-kata positif buat dirinya saat ditimpa ujian dalam kehidupan.

“Sebenarnya kita tak boleh bergantung pada manusia, sebab kalau kita nak bangunkan diri kita itu adalah diri kita sendiri. Macam mana orang nak bantu pun, kalau kita sendiri tak cari kekuatan itu,.

“Bagi saya, anak-anak adalah tunjang utama kepada semangat bukan saja kuat tapi untuk menjadi lebih baik. Saya harap apa yang berlaku beri sinaran kepada semua pihak,”katanya.

Dalam pada itu, Diana meluahkan rasa syukur atas doa dan kata-kata semangat yang dititipkan buatnya.

“Doakan yang terbaik, saya minta dan mengharapkan doa yang baik-baik dari peminat dan sesiapa yang mungkin risau tentang saya dan keluarga. Tapi yang terbaik adalah doa. Semoga semua orang dapat mencari kebahagiaan masing-masing,”ujarnya lagi.

Terdahulu, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memfailkan perceraian buat kali kedua selepas setahun kembali rujuk bersama suaminya, aktor Farid Kamil.

Bagaimanapun, Diana enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.

Baru-baru ini, Farid mengakui berlaku perselisihan faham kecil antara mereka, sebelum Diana berkongsi kenyataan dia akan memfailkan perceraian buat kali kedua.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya