Enam suspek kes culik disiasat IPK Kuala Lumpur

Enam suspek kes culik disiasat IPK Kuala Lumpur

Culik kanak-kanak
HUSSEIN Omar Khan menyaksikan upacara penyerahan tugas daripada Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh kepada Mohd. Sufian Amin pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Langat, di Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Enam suspek terlibat dalam kes culik seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada awal bulan lalu dikatakan berada di bawah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada IPK Selangor untuk dituduh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek itu kini berada dalam siasatan IPK Kuala Lumpur dan akan diserahkan selepas proses tersebut selesai.

“Semua tangkapan enam orang ditangkap oleh pihak IPK Kuala Lumpur, jadi dalam siasatan mereka selepas selesai siasat, mereka akan serah kepada Selangor yang mana ada dua kes satu di Klang Selatan dan Shah Alam.

“Akan dituduh, nanti kita akan maklum bila tangkapan akan dituduh. Sekarang mereka di bawah IPK Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Selangor antara Asisten Komisioner Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh dengan Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin yang akan memangku jawatan itu.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kertas siasatan kes kanak-kanak diculik pada 8 Oktober lalu, diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu lalu.

Hussein dilaporkan berkata, pihaknya sudah menyelesaikan siasatan ke atas enam suspek yang ditahan berhubung kes berkenaan yang bermula pada 8 Oktober lalu oleh dua Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu Klang Selatan dan Shah Alam.

Sementara itu, dalam perkembangan kes culik seorang lelaki warga China di Plaza Tol Putrajaya, Hussein kes tersebut masih dalam siasatan dan beberapa tangkapan dibuat polis baru-baru ini.

“Dalam siasatan lagi kes itu, mangsa masih menerima rawatan dan kita ada buat beberapa tangkapan, kes masih dalam siasatan, perkembangannya akan dikongsikan,” ujarnya.

Terdahulu polis dilaporkan memburu suspek utama yang terlibat dalam kes tersebut pada 18 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Shan Gopal Krishnan berkata, pihaknya akan memaklumkan jika ada perkembangan terkini sekiranya suspek utama (mastermind) ditangkap.

Sebelum itu, lima lelaki termasuk seorang warga tempatan ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes culik berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan memberitahu, empat suspek warga China ditahan reman sehingga Isnin manakala warga tempatan ditahan sehingga Selasa.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek menahan kenderaan e-hailing dinaiki mangsa yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang jam 7.30 pagi. Mangsa dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya