Enam anggota Malbatt 850-12 cedera dipercayai akibat serangan Israel

Enam anggota Malbatt 850-12 cedera dipercayai akibat serangan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekurang-kurang enam tentera pengaman Batalion Malaysia (MALBATT 850-12) yang baru tiba di Lubnan cedera selepas diserang dron milik Israel.

Memetik laporan Bernama, mereka antara 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP Lubnan yang diterbangkan dan baru tiba secara berperingkat bermula semalam hingga 18 November ini.

Difahamkan sebelum ini lebih 30 serangan sebelum ini didakwa dilakukan oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) yang dilaporkan menyasarkan kem-kem Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) direkodkan sepanjang bulan lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN