Empat pejabat FashionValet diserbu SPRM

Empat pejabat FashionValet diserbu SPRM

DUA individu bersama pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika suruhanjaya itu menyerbu empat lokasi berkaitan FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet) di sekitar ibu negara, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat lokasi berkaitan FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet) diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini susulan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Tindakan itu dimaklumkan dalam siaran di laman TikTok rasmi SPRM yang menyerbu empat lokasi yang terletak di ibu negara.

Difahamkan, antara lokasi yang diserbu adalah ibu pejabat FashionValet yang terletak di Bangsar di sini dan Putrajaya.

Turut kelihatan, dua individu dipercayai usahawan fesyen, Vivy Yusof dan suaminya bersama pegawai penyiasat SPRM namun kedua-dua wajah mereka dimozekkan.

“Semua empat lokasi itu diserbu serentak hari ini dan siasatan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN