Empat negeri dijangka di landa ribut petir, hujan lebat hingga tengah hari - Utusan Malaysia

Empat negeri dijangka di landa ribut petir, hujan lebat hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa daerah di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor dijangka akan mengalami hujan lebat beserta ribut petir dan angin kencang sehingga jam 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata, cuaca itu diramal melanda di Bentong, Pahang dan Hulu Langat, Selangor serta beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Johor

“Selain itu, di Negeri Sembilan, cuaca itu dijangka melanda kawasan Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah.

“Di Johor pula membabitkan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah MET Malaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya