Empat maut kereta terbabas langgar penghadang jalan

Empat maut kereta terbabas langgar penghadang jalan

KEADAAN kereta yang terlibat kemalangan empat maut berhampiran IOI Conezion Putrajaya. - GAMBAR IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pemandu dan tiga penumpang disahkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta berhampiran IOI Conezion Putrajaya dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.20 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi di jalan berhampiran IOI Conezion melibatkan sebuah Perodua Viva yang dipandu dari arah Kajang menghala ke Putrajaya.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan di antara susur masuk menghala ke IOI Conezion dan laluan menghala ke Putrajaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norhizam berkata, akibat kemalangan itu, pemandu dan tiga lagi penumpang kenderaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Keempat-empat mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Jelasnya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan saksi kejadian.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan itu diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Haziq Ab Karim di talian 019-9076260.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya