Elly Mazlein tolak kendalikan GV11 bukan sebab merajuk - Utusan Malaysia

Elly Mazlein tolak kendalikan GV11 bukan sebab merajuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Merajuk itu perangai kanak-kanak. Saya seorang yang matang dan memilih untuk membiarkan hos asal Gegar Vaganza untuk bekerja dengan lebih selesa.”

Demikian jawapan pelakon dan pengacara, Elly Mazlein apabila diminta mengulas mengenai sebab dia menolak tawaran untuk mengacarakan rancangan Gegar Vaganza musim 11.

Kata Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom,

“Mereka (Nabil dan Jihan) adalah pasangan yang tiada tandingan. Biar mereka kekal dalam program itu. Saya pula ada program-program lain untuk dihoskan.

“Tidak mengapalah. Kita berikan ruang kepada ‘tunjang’ yang asal menjadi DNA kekal dalam GV. Biar saya hoskan program-program yang lain.

“Walaupun saya pernah terlibat dalam GV9, selepas itu ditawarkan pula untuk hoskan GV10 walau pun sekerat jalan kerana saya tarik diri waktu itu, tidak mengapa. Biarkan saya dengan kerja saya, GV dengan kerjanya,” ujarnya yang akan berbincang dengan pihak Astro mengenai program-program lain untuk dihoskan.

Diminta menjawab mengenai kekecewaan peminat atas penolakannya itu, meskipun bukan dalam GV, Elly percaya dia tetap akan berpeluang menghiburkan peminat dalam rancangan televisyen lain.

“Kepada peminat, jangan sedih. Kita berjumpa di program lain, ada banyak. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik untuk merawat kerinduan anda semua. Apa pun kita beri sokongan untuk GV, jangan berpecah, nanti runtuh segala-galanya. Sokonglah Nabil dan Jihan.

“Saya sedih dan terharu atas sokongan peminat. Kalau boleh saya mahu jelaskan yang bukan permintaan saya untuk menolak menjadi hos GV. Mungkin ini bukan rezeki saya. Dan lebih penting lagi, saya mahu jaga kesihatan mental, justeru saya pilih untuk lakukan apa yang menggembirakan saya.

“Saya tahu, ada yang suka saya, dan ada juga yang tidak. Itu biasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang tidak bersetuju atau tak suka, saya tolak jauh. Mereka bukan keutamaan saya. Yang saya pentingkan adalah peminat yang sentiasa menyokong saya.

“Macam saya katakan, walaupun saya tidak berada dalam GV, Insya-Allah anda akan melihat saya dalam rancangan yang lain. Kalau tidak dalam Big Stage atau Kilauan Emas, mungkin dalam rancangan lain kelolaan Astro atau Radio Televisyen Malaysia, Insya-Allah,” kongsinya.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu menolak sekiranya ada pihak yang berpandangan sesebuah program televisyen itu sebagai hak milik kekal pengacara asal.

Kata Elly, pengacara lain juga berpeluang untuk mengendalikan program berkenaan kerana pengacara asal tidak mungkin akan selamanya mengacarakan rancangan tersebut.

“Saya tidak setuju apabila ada yang berpandangan GV adalah ‘rumah’ Nabil dan Jihan. Kita semua bekerja. Pengacara sentiasa bertukar ganti. Hari ini kita di atas, esok lusa orang lain akan ganti tempat kita. Sampai bila kita nak pegang tempat itu. Bagaimana dengan pengacara lain?

“Jadi, pada saya peluang ini adalah untuk semua orang dan sesebuah rancangan itu bukan hak milik kekal mana-mana pengacara sekali pun.

“Kita hanya pekerja yang kendalikan sesebuah rancangan, dan tempat kita bila-bila masa boleh digantikan. Kena tanam perkara itu dalam diri kita,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya