Elly Ariffin bercinta dengan Zizan Razak? - Utusan Malaysia

Elly Ariffin bercinta dengan Zizan Razak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Betul. Sebenarnya, Cik Bunga sendiri agak sangsi dengan hubungan baik antara pelakon Elly Ariffin dan pelawak, Zizan Razak yang semakin lama semakin menampakkan keakraban.

Tak salah pun berkawan, Cik Bunga pun bukannya dengki kalau mereka berkawan rapat. Cuma, kita sangkakan cuma kita sahaja yang sangsi, rupanya ada kalangan warganet juga mula berfikiran serupa dengan Cik Bunga tentang mereka ini.

Rapatnya mereka ini seakan hari-harilah dikatakan keluar dan lepak bersama. Tetapi tak tahulah sejauh mana hubungan itu. Namun ada yang kata memang mereka berdua ini sedang bercinta, ada juga yang kata mereka sekadar berkawan.

Mana satu yang betul ini? Alahai… kalau betul pun mereka bercinta, Cik Bunga suka saja. Nampak macam serasi. Lagipun dua-dua dah lama hidup single kan. Tak salah mencipta hubungan dan fasa yang baharu.

Apa pun, kita tunggulah apa respons sebenar daripada mereka tentang kebenaran ini. Penat juga asyik kita nak berteka-teki. Tunggu tuan badanlah cakap sendiri. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN