Elak fikir kalah menang, Nadeera Zaini sasarkan persembahan terbaik untuk AJL39 - Utusan Malaysia

Elak fikir kalah menang, Nadeera Zaini sasarkan persembahan terbaik untuk AJL39

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enggan meletakkan sebarang harapan, penyanyi, Nadeera Zaini, hanya mahu melakukan terbaik ketika mempersembahkan lagu Bukan Lagi Kita pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 Januari tahun depan.

Kata Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, menang kalah bergantung kepada ketentuan Allah S.W.T, justeru dia hanya mampu menyanyikan sehabis baik dan mendoakan yang terbaik untuk lagu tersebut pada anugerah berprestij itu nanti.

“Tipulah kalau tak merasa tekanan. Tapi saya pesan pada diri sendiri agar tidak terlalu memikirkan tentang kalah menang.

“Malah ketika peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-39, saya hanya berseronok ketika menyampaikan lagu berkenaan.

“Saya percaya usaha tidak mengkhianati hasil. Saya cuba, berusaha. Insya-Allah, Allah akan bagi,” katanya yang ditemui selepas separuh akhir Muzik-Muzik, baru-baru ini.

Lagu Bukan Lagi Kita antara 10 yang layak ke AJL selain Puas Sudah (Aina Abdul), Aura (Ernie Zakri) Sengaja (Amir Masdi), Hening Rindu ( Marsha Milan), Diam (Hael Husaini), Saksama (Akim & The Majistret), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Risiko (Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Tuju, MeerFly dan MK K-Clique) dan Pujaanku (Kugiran Masdo dan Aisyah Aziz).

Kesemua lagu berkenaan akan dipertaruhkan pada AJL39 yang bakal berlangsung di Axiata Arena.

Mengulas lanjut, Nadeera menganggap kejayaan melangkah ke AJL39 sebagai pencapaian paling manis sepanjang bergelar penyanyi.

“Lama saya menantikan detik ini, bukan senang. Sebagai anak seni, pencapaian ini sangat membahagiakan saya. Tuhan sahaja tahu betapa saya inginkannya.

“Terima kasih kepada peminat yang mengundi dan pihak TV3 kerana percaya bakat saya. Alhamdulillah saya lega,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya