Ekonomi APEC perlu bersifat proaktif, berdaya tahan - PM

Ekonomi APEC perlu bersifat proaktif, berdaya tahan – PM

ANWAR Ibrahim (kiri) bersama Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra, di Peru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dunia semakin saling berhubung dan bergantung bagi memastikan kepentingan kerjasama ekonomi yang proaktif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global.

Anwar berkata, ekonomi APEC perlu melangkah lebih jauh daripada pendekatan reaktif kepada kerjasama ekonomi yang proaktif dan berdaya tahan. 

Katanya, dunia memerlukan ekonomi yang bukan sahaja tangkas menghadapi cabaran tetapi juga mampu menjana pembangunan mampan.

“Ia turut perlukan integrasi digital, pembiayaan hijau yang mantap serta rantaian bekalan yang adil dan telus.

“Rangkaian digital rentas sempadan mampu memperkukuh daya tahan global. Sebagai contoh, kerjasama dengan platform seperti OECD boleh merapatkan jurang digital melalui akses digital yang mampu milik,” katanya sewaktu menyertai Dialog Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi APEC 2024 bersama tetamu yang dipengerusikan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Lima.

Selain isu ekonomi, Anwar turut mengecam genosid yang sedang berlaku terhadap rakyat Palestin dan menyifatkan penderitaan mereka sebagai kezaliman yang tidak boleh diabaikan. 

“Kita tidak boleh berdiam diri menyaksikan pembunuhan kejam, keganasan, penganiayaan dan pencerobohan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Zionis Israel. 

“Dunia mesti bertindak segera untuk menamatkan penderitaan ini, termasuk untuk golongan miskin yang turut terkesan,” katanya.

Dalam sesi tersebut, Anwar turut menggariskan potensi besar kerjasama antara APEC dan BRICS dalam membentuk semula struktur kuasa ekonomi dunia. 

Beliau menyeru tumpuan diberikan kepada inovasi lestari, perdagangan yang saksama, pelaburan dalam teknologi hijau, kewangan digital, dan infrastruktur mampan. 

“Kerjasama ini mampu mencetuskan model pembangunan inklusif yang membawa manfaat kepada seluruh rantau bagi memastikan tiada negara yang tertinggal dalam arus pembangunan.

“Sebagai peneraju, APEC perlu mencipta sejarah dengan tindakan berani yang menjamin kemakmuran yang mampan dan adil untuk generasi akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya